Monday, September 17, 2012


Kecantikan Lelaki & Kekuatan Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

sumber : http://rijalmuslimin.tumblr.com/post/10562355039/kecantikan-lelaki-kekuatan-wanita


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kecantikan-lelaki-kekuatan-wanita/#ixzz26nFWFtKI

Saturday, August 11, 2012

Akad Nikah Dalam Erti Kata Yang Sebenar

Assalamualaikum. Hari ni nak share sesuatu yang mungkin ramai yang dah tau,tapi sekadar renungan bersama..


LAFAZ AKAD NIKAH

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM" 

Bunyi macam senang? tapi kita tau tak erti sebenar atau erti tersirat disebalik lafaz akad nikah tu. 

ERTI TERSIRAT


"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”



p/s -  sekadar renungan untuk kaum adam. 


Friday, August 10, 2012

Menghidupkan Sepuluh Malam Terakhir Ramadan


Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah: 

1.Menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT. 

2.Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar. 

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. 

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi). 

3.Kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. 

Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” 

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. 

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. 

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. 

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.” 

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535). 

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65). Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” 

4.Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. 

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. 

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. 

5.Berzikir 

6.Bersedekah

Tanda- Tanda Malam Lailatul Qadar


10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.

Dibawah ni, aku nak berkongsi sedikit artikel yang dikeluarkan oleh laman : iLuvislam.com mengenai tanda tanda berlakunya Lailatul Qadar.


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber : iLuvislam.com

#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!


Tuesday, August 7, 2012

Hutan Tumbuh Di Padang Pasir


Kebesaran Allah




Subhanallah!Dasyat sungguh ciptaan Allah S.W.T. Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Bayang kan di bawah tanah hutan yang penuh dalam kegelapan, adakah terdapat penduduk tanpa cahaya berbeza di luar, Mungkin ada penduduk sebab pohon-pohon di hutan bawah tanah ini subur seperti biasa di luar.


Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. “-bani-malik.net

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Friday, July 27, 2012

Panduan Perkahwinan



Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum MelayuBerikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).


TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.


PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.


TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Thursday, July 12, 2012

Cara Nak Dapat Topup Free (Crack System)


Nak topup free tak?

Cara nk topup free! Aku dapat daripada member yg keje kat kedai hphone kat area2 sekitar Shah alam . Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni . Last-last cair jugak dia hihihi. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma . okey , sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri ... 

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,anda semua... selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk topap prepaid anda . disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal .. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan . Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini . kay , kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising , tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda . Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk kl dan s'gor , 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk sabah s'wak . Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi . Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat ... ukey , selepas beberapa saat , anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" . Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "pale hotak kau berjambul 66 , kat dalam dunia ni mana ada benda yang free , zaman skang nih masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau ... dahlah pulak minyak dah naik 30 sen .... banyaklah kau punya FREE!!" Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang hantar e-mail ini!" tapi lepas itu korang teringin nak menipu mereka pulak kan.dah, pergi buat kerja masing masing. nak free aje ye..

Wednesday, July 11, 2012

Rindu..

Assalamualaikum..


Ari ni aku pegi jumpa bos untuk isi borang cuti hari jumaat nanti.. Alhamdulillah cuti aku diluluskan.. sebenarnya tujuan aku mohon cuti coz nak pegi ambik Kad Kahwin aku..dgr kaba akan siap ari jumaat nanti.. Sambil2 nk jumpe my sayang jugak..Die akan gerak dtg KL petang esok..xsabar rsenye nk jumpe my sayang ni..rindu teramat sgt dah..huhu..terase nk lampirkan jugak pic my sayang ni..hehe




Aku dh call syarikat tempat aku tempah kad tu..katenye ari jumaat ni kompom siap..so,nt blh la kami pegi amibik sambil dating..hehe..ni contoh design yang bakal siap nt..


P/S : Terase rindu sgt2 nak jumpa my sayang aku ni.. Ya Allah,Berkatilah hubungam kami ni dan berikanlah kebahagiaan pada kami dunia akhirat..Aku janji akan mencintai  IFFA AMALIN hingga nafas aku yang terakhir..tetapi aku akan mencintai KAU YA ALLAH melebihi sgala2nya..


Design Scroll..

Yang ni pulak peta laluannye..
Peta Laluan Rumah Pengantin Lelaki
Peta Laluan Rumah Pengantin Perempuan

Tuesday, July 10, 2012

I love You Mum..!!!!! ( Che Jariah Binti Jusoh )


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) 


       Bila dahaga, yang susukan aku....mak                             

Bila lapar, yang suapkan aku....mak                               
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak                     
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                       
Bila bangun tidur, aku cari....mak                               
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak                         
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                             
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                           
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                         
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                             
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                           
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                   
Bila takut, yang tenangkan aku....mak                             
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                           
Aku selalu teringatkan ....mak                                 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                             
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak                       
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                             
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                         
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                         
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                         
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                           
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                           
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                       
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak                         
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak             
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak                   
Yang selalu berleter kat aku...mak                               
Yang selalu puji aku....mak                                   
Yang selalu nasihat aku....mak                                 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak 
    

                

Aku ada pasangan hidup sendiri....                                 
Bila seronok, aku cari....pasanganku                             
Bila sedih, aku cari....mak                                    
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                         
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak                               
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                           
Bila berduka, aku peluk erat....emakku   
                          
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                           
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak   
                        
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                   
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
              
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku 
                                  
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak 
                              
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                         
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

      

                  
Renungkan:   
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?       
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".               
Berderai air mata jika kita mendengarnya........                       
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....             Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....   berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.


1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Best Regards :