Wednesday, August 21, 2013

Happy 1st Anniversary Sayang..

Entri khas ini aku tujukan buat isteriku yang tercinta, Iffa Amalin.. sempena hari anniversary kita yang Pertama ini abg ucapkan Happy Anniversary buat syg.. Semoga mahligai yang kita bina genap setahun  ini akan berkekalan sampai ke Syurga.. amin.

Andai kata sepanjang  setahun abg menjadi suami syg ada menyinggung atau menyentuh hati dan perasaan syg abg memohon seribu kemaafan.. Bak kata P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"...

Sedar tak sedar setahun dah kita kahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru lagi kita kelam-kabut buat persiapan perkahwinan .banyak dugaan dan banyak rintangan yang terpaksa kita lalui..kan sayang..

Hanya orang yang dah kahwin je faham betapa  banyaknya dugaan nak kahwin.Tapi pada aku, semua cabaran itu lebih daripada berbaloi. Kerana Allah menghadiahkan aku seorang isteri yang baik untuk melengkapkan segala kekuranganku. Alhamdulillah.
Untuk first  anniversary ni, tiada yang special pun dalam perancangan. Memang tarikh penting yang lain juga selalunya pun begitu. Cukup sekadar ucapan dan doa. Aku bukanlah lelaki romantik yang menghantar bunga, menulis kad, apatah lagi membuat surprise party.

Bagiku romantic itu adalah apabila suami menolong isteri membasuh pinggan, mengemas dapur, menjemur baju, melipat kain, mengemop rumah, membasuh bilik air, ya, itu definisi romantic aku. Bukanlah bermaksud aku ni rajin sangat. Tapi paksa juga diri membantu mana yang boleh. Kenapa aku kata membantu isteri itu lebih romantic daripada membelikan bunga? Cuba fikirkan, rumahtangga siapa yang paling ideal? Yang boleh dijadikan contoh?

Yang terbaik tentulah rumahtangga Rasulullah s.a.w.! Dan bagaimana kehidupan Rasulullah dengan isteri? Sebagai seorang ketua kerajaan yang hebat, panglima perang yang tersohor, baginda tidak kekok langsung membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Tidak seperti yang digambarkan di dalam filem, kehidupan rumahtangga Rasulullah juga disulami rajuk dan cemburu dalam ketawa. Bukannya tidak pernah berselisih pendapat, namun cara penyelesaian itu yang menjadi pemanisnya.

Immediate gift yang kita akan dapat selepas berkahwin, adalah Sakinah. Ketenangan. Tak percaya, cuba tanya pasangan yang baru berkahwin. Rasa tenanggg sangat hati. Kemudian datang pula perasaan kasih sayang antara suami dan isteri. Dan bila disemai dan dibaja, akhirnya dapatlah Rahmah (belas ihsan).
Semua ni ada terangkum dalam sepotong ayat yang menjadi kegemaran pasangan pengantin untuk diselitkan di dalam kad kahwin,

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Surah Ar-Ruum, ayat 21.

Buat isteriku, tahniah kerana ‘bertugas’ dengan cemerlang sebagai seorang isteri . Terima kasih kerana sabar melayani kerenah abg.  Terima kasih sebab terlalu dan teramat memahami abg walau susah dan senang abg..Abg beruntung kerana mempunyai pengurus yang baik seperti syg. Semoga Allah membalas anda dengan balasan yang lebih baik. Amin.

Allah tangguhkan dulu rezeki yang satu ini iaitu zuriat yang kita teramat inginkan kerana mungkin dalam pengetahuan Yang Maha Bijaksana, kita belum bersedia dan belum mampu nak mengharungi semua itu.  Sebab tu kita perlu banyak bersabar dan berdoa. Mungkin Allah nak uji kita. DIA nak tau sejauh mana Iman kita.

Allah saja yang tahu betapa aku bahagia dengan hadiah yang bernama isteri. Walaubagaimanapun, mustahil untuk hadiah lebih dibesarkan daripada ‘si pemberi’. Begitulah cinta. Ada turutannya. Pertama, Allah. Kedua Rasul. Ketiga suami (ibu untuk lelaki). Jika dilanggar turutan ini, nescaya menempah bencana.
Mana mungkin cinta pada makhluk mengatasi cinta pada Pencipta. Manusia ini hatinya sentiasa berbolak-balik. Sesaat gembira, sesaat boleh bertukar duka. Hari ini kita sayang, esok mungkin bergoyang. Itulah cinta manusia.

Tapi cinta Allah, cinta yang kekal. Bila Allah dan nabiNya di atas, cinta yang lain akan sempurna dengan sendirinya. Aku mencintai kamu kerana Allah. Kerana kamu akan menjadi pembantu ku dalam mencari redha Allah. Bila cinta kerana Allah, yang salah akan mengaku tanpa disuruh, yang benar akan memaafkan tanpa mengeluh.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku, serta zuriatku, orang yang tetap (istiqamah) mendirikan solat.
Surah Ibrahim, ayat 40.
 
Happy First Anniversary my dear wife. Thanks for everything. Semoga rasa cinta ini sentiasa subur sehingga sampai kepadaNya, di syurga sana. Love You Because Of Allah.


Allahumma Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saling mengasihi di dalam sendu dan tawa..Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW). Ameen, ameen, ameen ya robbal 'alameen

Best Regards,


Wednesday, July 31, 2013

Kelebihan Lailatul Qadar




Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ 

Malam Lailatul-Qadar itu LEBIH BAIK daripada SERIBU BULAN. 1,000 bulan = 83 tahun + 4 bulan. Beribadah pada malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari beribadah selama 83 tahun 4 bulan.


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) 

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi) 

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas. 

Wallahu 'alam.

Best Regards,

 

Tuesday, July 9, 2013

Doa Harian dalam bulan Ramadhan.




Doa Hari 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!

Doa Hari 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Kerana Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Hari 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Kerana Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Selawat Dan Salam Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketenteraman Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.



Doa Hari 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredaan- Mu. Dan Janganlah Engkau Beri Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Syurga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Kurniaan-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keredaan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari 23
Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari 27
Yaa Allah! Rezkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari 30


Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keredahaan-Mu Dan Keredaan Rasul. Cabang-Cabangnya Kukuh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Muhammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian.

Best Regards,

Monday, July 8, 2013


Kita belum terlambat lagi dimana dipenghujung dalam bulan shaaban saya pohon ampon dan maaf kerana ini diwajibkan kita umat islam bersinatulrahim dan bermaaf maafan sesama kita bukannya dibulan syawal, ini  bertujuan hati dan iman kita benar2 bersih untuk kita bertemu Ramadan Inn Syaa Allah. 3 perkara yang wajib ada pada diri kita untuk bertemu dan berada dalam Ramadan iaitu :-

1)      Orang yang berpuasa perlu ada Iman 
Iman terbahagi kpd 4 iaitu :-
1-      Iman yg tidak bertambah dan berkurang sedikit pun iaitu para Malaikat
2-      Iman sentiasa bertambah dan tidak berkurang  iaitu para Nabi2 & Rasul2
3-      Iman sentiasa berkurangan dan tidak bertambah iaitu Iblis & syatan laknatullah
4-      Iman kadang2 bertambah dan kadang2 berkurang iaitu manusia macam kita.
Syarat orang beriman :-
1-      Keyakinan – wajib ada kepercayaan & keyakinan
2-      Ucapan - mengucap dua kalimah syahadah
3-      Tindakan – perbuatan dengan melakukan solat, haji, puasa, zakat dll
2)      Orang yang berpuasa perlu jaga Sihat – sihat tubuh badan, minda,
3)      Orang yang berpuasa perlu ada Ilmu pengetahuan dan ilmu terbahagi kepada 4 iaitu :-
1-      Ilmu aqidah, tauhid , keimanan
2-      Ilmu ibadah tentang hukum hakam
3-      Ilmu akhlak
4-      Ilmu kesihatan – puasa ini suatu perbuatan ilumunisasi dan
“Allah telah memberi jaminan kepada kita yang berpuasa bahawa 50% perut kita merasa kenyang sebelum berbuka”
Dan perut terbahagi kepada 3 iaitu :-1/3 untuk makanan, 1/3 lagi untuk minuman dan 1/3 lagi untuk penafasan.

Best Regards,

Sunday, June 9, 2013

Sya'ban datang lagi


Assalamualaikum...

Hari Isnin iaitu esok bersamaan 10/06/2013 akan bermulanya bulan Sya'ban , 
Bulan dimana segala catatan amal kita ditutup & diserahkan kpd Allah S.W.T. & digntikan dgn buku amalan yg baru.

Sebelum catatan amalku ditutup, Daku ingin memohon maaf kpd sahabat-sahabat sekalian,tlg maafkan segala silap & salahku. Tersalah tutur bicara, tercubit di mana-mana, terasa hati dan sebagainya.

Daku juga ingin memohon Halalkan apa yg termkn & terminum..
Sebaiknya hantrkan pesanan ini kpd saudara-saudara islammu kerana "Brg siapa yg mengingatkan bulan Sya'ban kepada saudara semuslimnya,maka api neraka diharamkan menyentuhnya

Best Regards,

Tuesday, June 4, 2013

Mukadimah Cinta

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga hati ingin menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

   Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

    Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. 

   Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyumanlah yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

   Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.

   Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

    Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

    Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.

   Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

   Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, 
kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, 
kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

   Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

   Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba, 
jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, 
jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

   Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

    Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

    Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Best Regards,