Entri khas ini aku tujukan buat isteriku yang tercinta, Iffa Amalin..
sempena hari anniversary kita yang Pertama ini abg ucapkan Happy Anniversary
buat syg.. Semoga mahligai yang kita bina genap setahun ini akan
berkekalan sampai ke Syurga.. amin.
Andai kata sepanjang setahun abg menjadi suami syg ada menyinggung atau
menyentuh hati dan perasaan syg abg memohon seribu kemaafan.. Bak kata P.Ramlee
"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"...
Sedar tak sedar setahun dah kita kahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru
lagi kita kelam-kabut buat persiapan perkahwinan .banyak dugaan dan banyak
rintangan yang terpaksa kita lalui..kan sayang..
Hanya orang yang dah kahwin je faham betapa banyaknya dugaan nak
kahwin.Tapi pada aku, semua cabaran itu lebih daripada berbaloi. Kerana Allah
menghadiahkan aku seorang isteri yang baik untuk melengkapkan segala
kekuranganku. Alhamdulillah.
Andai kata sepanjang setahun abg menjadi suami syg ada menyinggung atau menyentuh hati dan perasaan syg abg memohon seribu kemaafan.. Bak kata P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"...
Sedar tak sedar setahun dah kita kahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru lagi kita kelam-kabut buat persiapan perkahwinan .banyak dugaan dan banyak rintangan yang terpaksa kita lalui..kan sayang..
Hanya orang yang dah kahwin je faham betapa banyaknya dugaan nak kahwin.Tapi pada aku, semua cabaran itu lebih daripada berbaloi. Kerana Allah menghadiahkan aku seorang isteri yang baik untuk melengkapkan segala kekuranganku. Alhamdulillah.
Untuk first anniversary ni, tiada yang special pun dalam
perancangan. Memang tarikh penting yang lain juga selalunya pun begitu. Cukup
sekadar ucapan dan doa. Aku bukanlah lelaki romantik yang menghantar bunga,
menulis kad, apatah lagi membuat surprise party.
Bagiku romantic itu adalah apabila suami menolong isteri membasuh pinggan, mengemas dapur, menjemur baju, melipat kain, mengemop rumah, membasuh bilik air, ya, itu definisi romantic aku. Bukanlah bermaksud aku ni rajin sangat. Tapi paksa juga diri membantu mana yang boleh. Kenapa aku kata membantu isteri itu lebih romantic daripada membelikan bunga? Cuba fikirkan, rumahtangga siapa yang paling ideal? Yang boleh dijadikan contoh?
Yang terbaik tentulah rumahtangga Rasulullah s.a.w.! Dan bagaimana kehidupan Rasulullah dengan isteri? Sebagai seorang ketua kerajaan yang hebat, panglima perang yang tersohor, baginda tidak kekok langsung membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Tidak seperti yang digambarkan di dalam filem, kehidupan rumahtangga Rasulullah juga disulami rajuk dan cemburu dalam ketawa. Bukannya tidak pernah berselisih pendapat, namun cara penyelesaian itu yang menjadi pemanisnya.
Immediate gift yang kita akan dapat selepas berkahwin, adalah Sakinah. Ketenangan. Tak percaya, cuba tanya pasangan yang baru berkahwin. Rasa tenanggg sangat hati. Kemudian datang pula perasaan kasih sayang antara suami dan isteri. Dan bila disemai dan dibaja, akhirnya dapatlah Rahmah (belas ihsan).
Semua ni ada terangkum dalam sepotong ayat yang menjadi kegemaran pasangan pengantin untuk diselitkan di dalam kad kahwin,
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Surah Ar-Ruum, ayat 21.
Buat isteriku, tahniah kerana ‘bertugas’ dengan cemerlang sebagai seorang isteri . Terima kasih kerana sabar melayani kerenah abg. Terima kasih sebab terlalu dan teramat memahami abg walau susah dan senang abg..Abg beruntung kerana mempunyai pengurus yang baik seperti syg. Semoga Allah membalas anda dengan balasan yang lebih baik. Amin.
Allah tangguhkan dulu rezeki yang satu ini iaitu zuriat yang kita teramat inginkan kerana mungkin dalam pengetahuan Yang Maha Bijaksana, kita belum bersedia dan belum mampu nak mengharungi semua itu. Sebab tu kita perlu banyak bersabar dan berdoa. Mungkin Allah nak uji kita. DIA nak tau sejauh mana Iman kita.
Allah saja yang tahu betapa aku bahagia dengan hadiah yang bernama isteri. Walaubagaimanapun, mustahil untuk hadiah lebih dibesarkan daripada ‘si pemberi’. Begitulah cinta. Ada turutannya. Pertama, Allah. Kedua Rasul. Ketiga suami (ibu untuk lelaki). Jika dilanggar turutan ini, nescaya menempah bencana.
Mana mungkin cinta pada makhluk mengatasi cinta pada Pencipta. Manusia ini hatinya sentiasa berbolak-balik. Sesaat gembira, sesaat boleh bertukar duka. Hari ini kita sayang, esok mungkin bergoyang. Itulah cinta manusia.
Tapi cinta Allah, cinta yang kekal. Bila Allah dan nabiNya di atas, cinta yang lain akan sempurna dengan sendirinya. Aku mencintai kamu kerana Allah. Kerana kamu akan menjadi pembantu ku dalam mencari redha Allah. Bila cinta kerana Allah, yang salah akan mengaku tanpa disuruh, yang benar akan memaafkan tanpa mengeluh.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku, serta zuriatku, orang yang tetap (istiqamah) mendirikan solat.
Surah Ibrahim, ayat 40.
Happy First Anniversary my dear wife. Thanks for everything. Semoga rasa
cinta ini sentiasa subur sehingga sampai kepadaNya, di syurga sana. Love You
Because Of Allah.
Allahumma Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saling mengasihi di dalam sendu dan tawa..Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW). Ameen, ameen, ameen ya robbal 'alameen
Best Regards,













