Monday, July 8, 2013


Kita belum terlambat lagi dimana dipenghujung dalam bulan shaaban saya pohon ampon dan maaf kerana ini diwajibkan kita umat islam bersinatulrahim dan bermaaf maafan sesama kita bukannya dibulan syawal, ini  bertujuan hati dan iman kita benar2 bersih untuk kita bertemu Ramadan Inn Syaa Allah. 3 perkara yang wajib ada pada diri kita untuk bertemu dan berada dalam Ramadan iaitu :-

1)      Orang yang berpuasa perlu ada Iman 
Iman terbahagi kpd 4 iaitu :-
1-      Iman yg tidak bertambah dan berkurang sedikit pun iaitu para Malaikat
2-      Iman sentiasa bertambah dan tidak berkurang  iaitu para Nabi2 & Rasul2
3-      Iman sentiasa berkurangan dan tidak bertambah iaitu Iblis & syatan laknatullah
4-      Iman kadang2 bertambah dan kadang2 berkurang iaitu manusia macam kita.
Syarat orang beriman :-
1-      Keyakinan – wajib ada kepercayaan & keyakinan
2-      Ucapan - mengucap dua kalimah syahadah
3-      Tindakan – perbuatan dengan melakukan solat, haji, puasa, zakat dll
2)      Orang yang berpuasa perlu jaga Sihat – sihat tubuh badan, minda,
3)      Orang yang berpuasa perlu ada Ilmu pengetahuan dan ilmu terbahagi kepada 4 iaitu :-
1-      Ilmu aqidah, tauhid , keimanan
2-      Ilmu ibadah tentang hukum hakam
3-      Ilmu akhlak
4-      Ilmu kesihatan – puasa ini suatu perbuatan ilumunisasi dan
“Allah telah memberi jaminan kepada kita yang berpuasa bahawa 50% perut kita merasa kenyang sebelum berbuka”
Dan perut terbahagi kepada 3 iaitu :-1/3 untuk makanan, 1/3 lagi untuk minuman dan 1/3 lagi untuk penafasan.

Best Regards,

No comments:

Post a Comment