Tuesday, May 21, 2013

I LOVE KELANTAN

Untuk Entry kali segala-galanya adalah berasaskan negeri Kelantan. Disini, saya ingin berkongsi rasa nostalgia ketika saya dan kawan-kawan membesar di Kelantan. Kerana saya tahu, perasaan cinta saya terhadap Kelantan sama seperti cinta anda kepada Kelantan.(bagi anak jati kelate)

Saya percaya, rasa cinta kami terhadap negeri kami memang besar dan agung ertinya. Mana tidaknya, walaupun kami berbeza daerah kami dilahirkan tetai kami tetap membesar dengan satu jiwa yang sama.

Berkubang di sawah padi untuk menangkap ikan puyu, terjun dan mandi air di parit air, bermain 'nusuk' bersama teman sekampung, bergaduh hanya kerana kalah bermain 'guroh' , pelago buoh getoh dan banyak lagi.

Inilah sebabnya, mengapa anak Kelantan mempunyai jiwa amat tebal. Jika berada diperantauan, mendengar orang disebelah 'kecek Kelate' sudah cukup membuatkan rakyatnya bediri bulu roma. Apatah lagi melihat kenderaan berplat D meluncur laju diatas jalan raya sudah cukup untuk rakyatnya mengangkat tangan sebagai tanda sahabat senegeri.

Percayalah, hanya mereka yang lahir dan tinggal di Kelantan sahaja yang tahu tentang perasaan ini.
Ini lah aktiviti kami tiap kali menuai padi..



No comments:

Post a Comment